'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin

Iklan
Hamidin

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Menurutnya, Faisal mengalami kecederaan pada tangan kiri dan badan sebelah kiri susulan kejadian tersebut dan berharap agar Faisal bertabah dengan dugaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Keadaan dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak baik tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang tercedera.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, beliau turut melahirkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun pada khamis lalu.

Iklan

"Sama-sama kita seluruh penyokong bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia mendoakan semoga Akhyar dan Faisal cepat sembuh dan kembali dapat beraksi.

"FAM juga berharap supaya individu-individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!