Tunku Ismail mahu polis siasat segera kes Faisal, Akhyar

Iklan
Tunku Ismail mahu polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku kes Faisal dan Akhyar.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap dua kejadian melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim dan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) turut mengecam tindakan individu-individu tidak bertanggungjawab itu yang mengancam keselamatan pemain.

Iklan
Iklan

"Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Akhyar telah disamun disamun pada Khamis lalu dan mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

Iklan

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Faisal pula telah disimbah asid oleh dua penyerang menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua dalam satu kejadian di pusat beli-belah di Damansara pada Ahad.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!