Remaja lemas ketika memancing bersama rakan di Kuala Woh

Iklan
Seorang remaja lelaki lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika memancing bersama rakannya di kawasan perkelahan Kuala Woh dekat Tapah pada Ahad. Foto hiasan

IPOH - Seorang remaja lelaki lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika memancing bersama rakannya di kawasan perkelahan Kuala Woh dekat Tapah pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang berusia 15 tahun ditemukan pada 2.02 petang tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah menerima panggilan pada 12.23 tengah hari dan pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Teluk Intan.

Iklan

"Bomba menggunakan teknik pencarian di permukaan air dan mangsa dijumpai berhampiran lokasi dia dipercayai terjatuh," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 2.25 petang. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!