Tiga ditahan kes serang lelaki di Taman Lien Seng

Iklan
Tangkap layar video tular pergaduhan di Taman Lien Seng, Kluang pada Jumaat.

KLUANG - Seorang lelaki cedera selepas diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata berbahaya di Taman Lien Seng, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.30 malam.

Iklan
Iklan

"Susulan kejadian itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Balai Polis Simpang Renggam telah membuat tangkapan tiga suspek, pada Sabtu.

"Kesemua suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di Jalan Ladang Nenas Simpang Renggam dan kawasan Iskandar Puteri," ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut Bahrin, siasatan awal mendapati senjata tumpul seperti besi dan alatan bengkel motosikal digunakan suspek.

Katanya, mangsa berusia 30-an mengalami luka di seluruh badan, retak dagu, pergelangan kaki kanan dan masih dirawat di hospital.

Iklan

"Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

"Polis masih mengesan beberapa suspek yang masih bebas terbabit dalam pergaduhan itu," katanya.

Sebelum itu tular beberapa video memaparkan kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu yang dilihat memukul seorang lelaki.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!