PRK KKB: Pengundi tiada pilihan, perlu undi calon PH

Iklan
Mohd Hasbie ketika menyampaikan ceramah di Batang Kali.

HULU SELANGOR - Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu perlu memberi kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini sekiranya ingin memastikan nilai dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini kekal utuh.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan juga secara tidak langsung dapat menutup ruang kepada pihak lawan daripada memainkan sentimen berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kalau kita kalah di PRK ini mereka (pembangkang) akan gunakan kemenangan mereka untuk membangkitkan lagi semangat perkauman dan fitnah.

"Ia sekali gus akan menyukarkan kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan untuk terus mentadbir dan memajukan negara dan negeri ini.

Iklan

"Jadi, pengundi di Kuala Kubu Baharu tidak ada pilihan lain... tiada pilihan kedua kerana pilihan yang ada, kita mesti menang," katanya ketika menyampaikan ceramah di Batang Kali di sini.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

Iklan

PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Pang Sock Tao, PN pula diwakili Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin bertanding bagi pihak PRM, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

Tambah Mohd Hasbie yang juga Ahli Dewan Negara, lawan utama Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan hanya pembangkang semata-mata tapi ia juga merupakan kumpulan yang menggunakan sentimen perkauman sempit dan fitnah untuk mendapat undi.

Ujarnya, ia berbeza dengan model dan formula yang digunakan PH dan Barisan Nasional (BN) iaitu kerajaan berbilang kaum.

"Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang, formula yang hebat untuk menjayakan negara tapi kita menjanjikan bahawa selagi Kerajaan Perpaduan berdiri tegak, apa yang kita janjikan ialah menolak habis-habisan politik identiti," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!