JUST anjur ceramah ‘istimewa’ esok
Iklan
JUST mengajak semua lapisan masyarakat hadir ceramah berkaitan isu rakyat Palestin di Istac Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang, esok.
SHAH ALAM - Ceramah umum anjuran Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) bakal membawa harapan besar untuk meningkatkan kesedaran kepada umat Islam di Malaysia mengenai isu rakyat Palestin esok.
Presiden JUST, Dr Chandra Muzaffar berkata, pihaknya sedia maklum terdapat banyak pihak terlibat dalam isu yang berlaku di negara berkenaan dan pihaknya hanya melakukan sebahagian daripada usaha itu.
Iklan
Iklan
"Namun, yang istimewa kali ini ialah individu yang menyampaikan ceramah ini adalah seorang sarjana yang juga seorang ahli sejarah berasal dari Israel iaitu Profesor Ilan Pappe,” katanya.
Sehubungan itu, pihak JUST mengajak semua lapisan masyarakat untuk hadir pada ceramah berkenaan di Istac Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang.
Iklan
Mengulas lanjut, Dr Chandra Muzaffar berkata, jarang sekali sarjana-sarjana dari Israel yang berani tampil ke depan, berani menyuarakan pandangan sedemikian secara terbuka termasuk menghasilkan buku berkaitan.
Bukan sekadar ahli sejarah yang memperjuangkan isu Palestin, Pappe juga Pengarah Pusat Eropah untuk Pengajian Palestin dan seorang ahli Institut Pengajian Arab dan Islam di Universiti Exeter.
Iklan
Beliau dilahirkan di Haifa dan menerima BA dari Universiti Ibrani di Baitulmuqaddis dan mengajar di Universiti Haifa hingga tahun 2007.
Selain itu, Pappe juga merupakan pengarang dua puluh buku dan banyak artikel mengenai sejarah Timur Tengah pada umumnya dan khususnya senario yang berlaku di Palestin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>