'Yang saya persoalkan kenaikan harga barang asas' - Wan Fayhsal

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau tidak menolak usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini kerana ia baik untuk rakyat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu mempersoalkan kadar kos sara hidup rakyat makin meningkat disebabkan harga barang asas naik mendadak ketika ini.

Iklan
Iklan

"Yang saya persoalkan ialah mengenai kenaikan harga barang asas yang kini sedang menggila mahal walhal gaji penjawat awam hanya boleh dinaikkan pada 1 Disember 2024 lepas Bajet 2025 lulus.

"Ya, saya sokong kenaikan tangga gaji pegawai kerajaan, siapa pun jadi kerajaan kini akan pasti disokong sebab kajian dalaman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah lama dibuat hatta zaman kerajaan Barisan Nasional (BN), PN memerintah.

Iklan

"Memang sudah tiba masanya," katanya dalam satu rakaman video di Facebook pada Sabtu.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa Wan Ahmad Fayhsal menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan baru-baru ini.

Iklan

Kata beliau, Wan Ahmad Fayhsal serta ahli Parlimen pembangkang boleh berbuat demikian dan melihat sekiranya diluluskan di Dewan Rakyat atau tidak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!