Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih 8kg dadah
Iklan
TAWAU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lapan kilogram dadah bernilai RM177,120.60 dalam operasi Mekong Dragon VI di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, di sini pada Khamis lepas.
Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada jam 2.36 petang selepas berkelakuan mencurigakan sambil membawa satu bungkusan kotak berwarna coklat.