Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat
Iklan
Pasukan penyelamat membantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang di Kota Tinggi. - Foto Facebook Polis Kota Tinggi
KOTA TINGGI - Mangsa banjir di daerah ini merekodkan peningkatan setakat jam 4 petang apabila seramai 88 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu bertambah berbanding jam 2 petang apabila seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di satu-satunya PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang.
Pasukan penyelamat membantu memindahkan penduduk terjejas banjir ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang di Kota Tinggi. - Foto Facebook Polis Kota Tinggi
"Penduduk yang dipindahkan ke PPS dari Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.
Iklan
"Bagaimanapun, lima lembangan sungai di Kota Tinggi membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili berada pada aras normal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook Polis Kota Tinggi, usaha pemindahan penduduk ke PPS SK Bukit Lintang di Kampung Lukut dilakukan pasukan penyelamat.
Iklan
Antara yang terbabit ialah anggota Balai Polis Batu Ampat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kota Tinggi).
Selain itu, anggota Balai Polis Batu Ampat, Kota Tinggi digerakkan bagi membantu serta memantau kawasan kediaman penduduk yang terjejas ekoran banjir kilat di daerah Kota Tinggi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.