Ribuan peserta hadir Himpunan Rakyat Bela Palestin

Iklan
Ribuan peserta Himpunan Rakyat Bela Palestin berkumpulan sebelum berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ribuan peserta hadir pada Himpunan Rakyat Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Sabtu.

Peserta berkumpul di Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, Masjid KLCC dan Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat sebelum berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini.

Iklan
Iklan

Perarakan bermula jam 2 petang itu turut membawa bendera bersama sepanduk bebaskan Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas kezalimam Zionis.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai Himpunan Rakyat Bela Palestin pada Sabtu.

Jalan berhampiran lokasi perarakan turut ditutup dan dipantau pasukan polis yang melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika berlangsungnya himpunan terbabit.

Iklan

Himpunan anjuran Pas itu turut disertai beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Mahasiswa Semenanjung bagi mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Peserta Himpunan Rakyat Bela Palestin berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan