Ketajaman Ebenezer ditagih skuad utama Sang Kenari

Iklan
Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom. Foto KDA FC

KDA Darul Aman (KDA) FC mengumumkan penyerang import dari Ghana, Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom sebagai pemain terbaru mereka sebelum tempoh pendaftaran pertama pemain Liga Malaysia 2024-2025 ditutup pada malam Jumaat.

Ebenezer, 30, pada musim lalu telah memperkuatkan KDA FC B dalam saingan Piala MFL dan muncul penjaring terbanyak pada edisi sulung dengan jaringan 16 gol.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, KDA FC berkata, dengan kelicikan dan ketajaman di hadapan gol, pemain itu akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini.

"Walaupun direkrut musim lepas, barisan kejurulatihan telah membuat keputusan untuk menilai proses pemulihan enam bulan pertama dan mendapati perkembangan dipamerkan Assifuah positif pada enam bulan terakhir saingan Piala MFL.

Iklan

"Buktinya beliau telah bersedia dari segi aspek kecergasan dan mampu beraksi di peringkat lebih kompetitif bersama skuad utama.

"Rekod peribadi terbaiknya, beliau pernah mewakili skuad kebangsaan Ghana di Kejohanan FIFA U-20 pada tahun 2013 dan muncul penjaring terbanyak dengan 6 gol," katanya pada Sabtu.

Iklan

Jelas KDA FC lagi, pemain itu pernah beraksi buat kelab FC Sion, Le Havre FC dan Pau FC di Liga Perancis sebelum mengalami kecederaan panjang.

Menurutnya, Sang Kenari sebagai platform untuknya membuktikan ketajaman dengan sokongan padu daripada rakan sepasukan lebih senior kali ini.

"Selamat kembali Ebenezer Assifuah ke keluarga Sang Kenari, musim ini dengan pasukan lebih berpengalaman, menarik untuk disaksikan patukan berbisa beliau di depan gawang lawan," kata kelab itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!