Kanak-kanak lima tahun jejak ibu bapa kandung

Iklan
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjejaki ibu bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi.

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjejaki ibu bapa kandungnya yang telah terpisah sejak dia masih bayi.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Siti Umairah Azman ini kini dijaga oleh keluarga angkatnya di Kampung Bechah Peleting Hilir di sini.

Iklan
Iklan

Ibu angkat, Zurailee Ismail berkata, kali terakhir dia berhubung dengan bapa kepada Siti Umairah yang dikenali sebagai Azman Jusoh ialah pada tahun 2019.

"Alamat terakhir yang kami ada ialah di Machang.

Iklan

"Kami telah berusaha mencari dengan pelbagai cara namun menemui jalan buntu," katanya,

Tambahnya, orang ramai yang mengenali Azman diharap dapat menghubunginya di talian 011-1 9013924

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!