PRK KKB: Perancangan pulih industri pelancongan diteruskan jika Sock Tao menang

Iklan
Amirudin ketika sampaikan CeramahMega Perpaduan di Bandar Utama Batang Kali pada malam Jumaat.

HULU SELANGOR - Kerajaan Selangor akan meneruskan perancangan mendiang Lee Kee Hiong untuk memulih dan mengangkat industri pelancongan di Kuala Kubu Baharu sekiranya calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jaminan itu diberikan demi kesejahteraan penduduk di kawasan yang terkenal dengan ekopelancongan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha itu bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat khususnya bagi menjana ekonomi penduduk setempat.

"Kita akan pastikan, kalau menang saudari Pang (Sock Tao), Insya-ALLAH kerja baik mendiang Kee Hiong pulihkan dan angkat industri pelancongan di sini akan diteruskan.

Iklan

"Jadi, kita harap 11 Mei nanti semua pengundi pilih calon PH untuk teruskan kestabilan dan bawa negara ke tahap lebih baik.

"Semua pihak kena bekerja keras baik jentera PH dan (calon) bagi memastikan Kuala Kubu Baharu kekal milik PH," katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Jumaat.

Iklan

Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Sock Tao.

Tambah Amirudin, selain meneruskan agenda pembangunan yang dibawa mendiang Kee Hiong, kerajaan juga akan berusaha menambah baik liputan internet dan talian telefon di kawasan tersebut.

"Kita lihat masih ada ruang dari segi aspek talian telefon dan internet yang perlu diperbaiki lagi.

"Selain itu, kerajaan juga akan memastikan kawasan yang dijadikan hutan simpan kekal di sini kekal terpelihara demi kedamaian penduduk," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!