Ringgit diniaga berhati-hati minggu depan
Iklan
Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7440/7490 berbanding dolar US daripada 4.7285/7325 ketika ditutup pada Isnin. Foto hiasan
RINGGIT dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat berikutan pelabur terus memantau dengan teliti kemajuan ekonomi tempatan dan global pada masa depan, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, antara yang diperhatikan berkaitan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell yang jelas menyatakan bahawa kenaikan kadar bukan sebahagian daripada senario garis dasar bank pusat itu walaupun ia masih bimbang dengan kadar inflasi.
Iklan
Iklan
"Satu peristiwa penting minggu depan ialah mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada 9 Mei, terutamanya mengenai penilaiannya terhadap perubahan dasar baru-baru ini dan prospek inflasi.
"Selain itu, siri Indeks Pengurus Pembelian, keputusan kadar faedah Reserve Bank of Australia dan data perdagangan China yang akan dikeluarkan minggu depan. Sehubungan itu, ringgit sepatutnya kekal sekitar RM4.73 hingga RM4.74 bagi setiap dolar AS minggu depan,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
Mata wang tempatan juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9487/9525 daripada 5.9644/9719 sepanjang minggu dan meningkat berbanding euro kepada 5.0890/0922 daripada 5.1157/1221 sebelum ini, tetapi ia merosot berbanding yen Jepun dari kepada 3.0947/09683 daripada 3.0408/0451.
Iklan
Sementara itu, ringgit, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8723/8850 daripada 12.8902/9120 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.27 daripada 8.26/8.27 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 294.4/294.8 daripada 293.9/294.4 seminggu sebelumnya dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5027/5054 daripada 3.5021/5068. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>