Foden pemain lelaki terbaik

Iklan
Foden dinobatkan sebagai pemain terbaik bagi kategori lelaki oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris. Foto Agensi

PEMAIN Manchester City, Phil Foden berada dalam kelas tersendiri apabila dinobatkan Pemain Terbaik bagi kategori lelaki oleh Persatuan Penulis Bolasepak Inggeris.

Pengiktirafan tersebut membolehkan pemain tengah England itu menyertai nama-nama besar seperti Bobby Charlton, Stanley Matthews, George Best dan Kenny Dalglish.

Iklan
Iklan

Foden adalah pemain ketiga The Citizens sepanjang tempoh empat tahun memenangi anugerah tertua bola sepak individu, selepas Ruben Dias pada 2021 dan Erling Haaland tahun lepas.

"Dinobatkan sebagai pemain terbaik Persatuan Penulis Bolasepak adalah satu penghormatan tertinggi.

Iklan

"Saya sangat gembira menerima anugerah ini, tetapi saya pasti tidak mampu untuk melakukannya tanpa bantuan rakan sepasukan," kata Foden.

Foden meledak 24 gol musim ini dengan City kendalian Pep Guardiola masih berpeluang memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Iklan

Pemain berusia 23 tahun itu menerima 42 peratus undian, mengatasi pemain Arsenal, Declan Rice dan rakan sepasukan City, Rodri, yang menduduki tempat ketiga anugerah FWA itu.

Dalam pada itu, Khadija Shaw yang juga dari Manchester City memenangi kategori wanita.

Dia menyumbat 21 gol dalam saingan Liga Super Wanita, menewaskan Lauren James dari Chelsea.

Pemain kelahiran Jamaica itu akan terlepas dua aksi terakhir City dalam saingan Liga Super Wanita musim ini kerana kecederaan, tetapi hampir pasti muncul sebagai penjaring terbanyak.