Pelaburan tambahan Microsoft beri limpahan ekonomi
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohd Faisol)
SHAH ALAM - Pelaburan tambahan dari Microsoft berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) di negara ini dalam tempoh empat tahun akan datang memberi kesan limpahan ekonomi yang positif kepada banyak pihak termasuk membuka peluang pekerjaan baharu.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan lagi jumlah pengangguran yang semakin menurun di Malaysia.
Iklan
Iklan
Katanya, dalam masa sama bilangan guna tenaga juga dapat ditingkatkan.
"Ia bagi memenuhi pasaran semasa dan akan datang yang memerlukan ramai guna tenaga dalam bidang AI,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Iklan
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tambahan oleh Microsoft itu adalah terbesar pada satu-satu masa oleh syarikat tersebut selepas bertapak selama 32 tahun di Malaysia.
Beliau berkata, ia selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Faisol berkata, kesan limpahan ekonomi juga akan turut diperolehi oleh sektor pembinaan dan sektor-sektor lain yang mempunyai hubung kait dengan proses merealisasikan pelaksanaan pelaburan tersebut.
"Namun yang paling penting, diharapkan pelaburan itu mampu melonjakkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara secara khususnya melalui kerancakan pasaran ekonomi dengan wujudnya peluang pekerjaan dan keupayaan ringgit Malaysia.
"Selain itu, kemasukan pelaburan tambahan ini juga memberi ruang kepada kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan melalui hasil cukai pelaburan asing ke dalam negara dan juga cukai pendapatan syarikat,” jelasnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>