PM solat Jumaat di Masjid Kampung Sungai Merab
Iklan
Anwar (tengah) melambaikan tangan kepada jemaah selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab, Kajang hari ini. Foto Bernama
KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di sini.
Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.30 petang disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan pengurusan masjid serta jemaah yang hadir.
Iklan
Iklan
Anwar bersama hampir 1,000 jemaah, seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Takwa dan Pekerjaan' yang disampaikan Imam I masjid berkenaan, Wan Mohd Firdaus Wan Hasan.
Isi khutbah antara lain menyeru umat Islam supaya sentiasa meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT dalam melakukan urusan dunia dan berpandangan jauh dalam pekerjaan termasuk menjaga amanah serta berintegriti.
Iklan
Khutbah juga mengingatkan jemaah untuk menjauhi perbuatan maksiat dan mungkar yang boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan diri, keluarga dan masyarakat, selain sentiasa mengingati kematian dan bersedia dengan bekalan hari akhirat. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>