PM galakkan Jepun, Qatar terokai pelaburan di Kelantan

Iklan
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong. Foto Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menggalakkan Jepun dan Qatar untuk menerokai pelaburan di Kelantan.

Anwar berkata, sebagai pemimpin utama negara, beliau akan sentiasa berusaha sedaya upaya membantu membangunkan semua negeri di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Walaupun saya tidak pernah mendapat mandat daripada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi saya anggap ini tanggungjawab saya untuk sedaya upaya bantu rakyat... semasa lawatan saya ke Jepun dan Qatar sebelum ini, saya cadangkan kepada pemimpin negara terbabit supaya turut memilih Kelantan sebagai lokasi pelaburan selain negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong di sini malam Khamis yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Iklan

Perdana Menteri juga berharap kerajaan negeri memudahkan proses perolehan tanah supaya industri pertanian dapat dikembangkan dalam skala besar di Kelantan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan