Jun Hao 'smash' Watanabe

Iklan
Jun Hao

PEMAIN perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao kembali menceriakan kem Piala Thomas Malaysia apabila berjaya meletakkan pasukan kembali memimpin perlawanan suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China pada Khamis.

Jun Hao yang berstatus nombor 37 dunia tampil lebih agresif menjinakkan pemain ranking 22, dari Jepun, Koki Watanabe, 21-13, 21-10 untuk kedudukan 2-1 dalam masa 35 minit.

Iklan
Iklan

Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebelum itu gagal menambah mata apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi,21-18,14-21,19-21 dalam masa 67 minit.

Pemain perseorangan pertama negara Lee Zii Jia menjelmakan mata pertama Malaysia selepas menjinakkan Kenta Nishimoto straight set, 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!