MELAKA - Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pihak jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan sedang menyiapkan laporan interim itu dan siasatannya akan mengambil masa dalam tempoh 30 hari.