Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Iklan
BERITA SEMASA 2 MEI 2024
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.
Iklan
Iklan
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.
Iklan
Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662436/berita/semasa/siti-bainun-kekal-bersalah-abai-aniaya-bella
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Iklan
#SinarHarian #BeritaSemasa #SitiBainun #Bella #RumahBonda #PengasasRumahBonda
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Balai polis diserang: Jenazah mangsa tiba di Jabatan Forensik HSI" /><meta itemprop="description" content="Balai polis diserang: Jenazah mangsa tiba di Jabatan Forensik HSI
BERITA SEMASA 17 MEI 2024
Jenazah dua anggota polis yang maut akibat ditetak dan ditembak dalam insiden ceroboh di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi, kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Turut dibawa ke Jabatan Forensik HSI, jenazah suspek yang terlibat dalam serangan itu.
Kesemua jenazah tiba sekitar jam 9 pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ini, masih tiada ahli keluarga mangsa yang berada di hospital.
Dalam insiden jam 4.41 pagi Jumaat, suspek bertopeng dan bersenjatakan parang telah menceroboh balai polis berkenaan serta menetak anggota polis bertugas di belakang kepala dan leher.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665229/berita/semasa/balai-polis-diserang-jenazah-mangsa-tiba-di-jabatan-forensik-hsi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kestembaktetakBalaiPolisUluTiram" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-17T04:26:18.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WJ4jY1cHjqD1bzxdZ/x180" /><meta itemprop="duration" content="P32S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8ym6aq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8ym6aq"></script>