Tangguh seminggu tidak realistik, tergesa-gesa - Ahli Parlimen Kapar

Iklan
Halimah mengadakan perjumpaan dengan waris dan ahli keluarga terlibat dalam kerja-kerja penggalian dan pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

KLANG - Tempoh seminggu penangguhan kerja-kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak realistik dan terlalu tergesa-gesa.

Perkara ini ditegaskan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali susulan perjumpaan beliau dengan waris dan ahli keluarga terlibat dalam kerja-kerja penggalian dan pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Iklan
Iklan

"Oleh kerana isu ini melibatkan perpindahan tapak kubur umat Islam, yang sangat sensitif ia perlu diuruskan dengan penuh hemah dan teliti, biar semua pihak khasnya rakyat terjejas berpuas hati dan menerimanya dengan baik.

"Untuk ini tempoh masa sekurang-kurangnya 30 hari bagi saya lebih berpatutan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, langkah itu bagi memberikan ruang bagi proses pemakluman dan pendengaran kepada 45 lagi waris kubur tersebut.

Pada Rabu, Halimah mengadakan perjumpaan dengan waris dan ahli keluarga terlibat dalam kerja-kerja penggalian dan pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Iklan

Beliau menambah, selaku wakil rakyat dipilih di Parlimen Kapar, Halimah turut menggesa agar kerajaan Selangor membuka pintu rundingan dan penerangan lebih telus serta harmoni dengan melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk dirinya.

"Saya turut menggesa agar pihak kerajaan negeri membuka semua pilihan yang rasional buat waris terlibat termasuk menimbangkan sejumlah pampasan munasabah sekiranya tindakan perpindahan tidak dapat dielakkan demi meringankan gangguan emosi dan tekanan yang dihadapi oleh waris yang terpaksa memberi kerjasama.

"Saya juga mengharapkan sekiranya proses pemindahan terpaksa dilaksanakan, agar wakil waris dibenarkan hadir untuk menyaksikan proses ini demi memuaskan hati pihak yang terjejas," katanya.

Dalam masa sama, Halimah berkata, beliau akan mengutus surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan kepada Dato Orang Kaya Maha Bijaya Klang serta Setiausaha Sulit Sultan Selangor supaya suara rakyat di kawasan saya segera didengar dan mendapat perhatian sewajarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!