Masa terbaik Speedy Tigers pamer karakter juara

Iklan
Pemain-pemain negara giat menjalani latihan sebelum menyingkap saingan Piala Sultan Azlan Shah, Sabtu ini.

SKUAD hoki lelaki Speedy Tigers perlu mempamerkan karakter juara apabila tampil mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah 2024 yang menyingkap tirai di Ipoh Sabtu ini.

Malah menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, edisi ke-30 kali ini juga bukan pentas pendedahan biarpun The Speedy Tigers dibarisi kombinasi pemain baharu dan senior.

Iklan
Iklan

Tegas Mohd Sadek, kejuaraan yang berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah itu juga merupakan masa terbaik bagi pemain-pemain mengangkat semula imej sukan tersebut.

"Ya, tidak dinafikan skuad negara berwajah baharu di bawah kendalian coach Sarjit Singh, namun inilah sebenarnya kekuatan semangat baharu kita apatah lagi beraksi di depan penyokong-penyokong sendiri.

Iklan

"Penyokong-penyokong mahu melihat standard ranking ke-13 dunia pasukan negara dijelmakan di Piala Sultan Azlan Shah, itu sudah pasti.

"Jadi pemain-pemain yang diberikan tanggungjawab mengalas membawa nama negara perlu tampil dengan got nothing to lose,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Ditanya mengenai tekanan kepada skuad Speedy Tigers, Mohd Sadek menegaskan hoki merupakan sukan berprestasi tinggi berdasarkan pencapaian skuad negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Setiap sukan ada tekanan tambahan pula sukan berprestasi tinggi, pemain-pemain perlu lebih bijak untuk menguruskan tekanan masing-masing dengan baik bagi mencapai matlamat pasukan,” katanya.

INFO

Speedy Tigers melakar sejarah apabila mengakhiri penantian 39 tahun untuk bergelar juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Korea Selatan 3-2 pada aksi final di Stadium Hoki Azlan Shah di Ipoh, November tahun lalu.

Skuad negara sebelum itu menduduki tempat kedua lima kali iaitu pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014 sejak kali pertama kejohanan itu dianjurkan pada 1983.

INFO

Piala Sultan Azlan Shah 2024

4 MEI

Malaysia lwn Pakistan,

5 MEI

Malaysia lwn Kanada,

7 MEI

Malaysia lwn New Zealand

8 MEI

Malaysia lwn Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan

* Semua perlawanan di Stadium Azlan Shah, Ipoh