Anwar kupas pelbagai isu, inisiatif dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' 9 malam ini
Iklan
Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengupas pelbagai isu dan insiatif yang diambil kerajaan dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' yang akan disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan pada jam 9 malam ini.
Dalam temu bual khas sempena Hari Pekerja itu, Anwar turut memperjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan beliau semasa menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 pada pagi Rabu.
Iklan
Iklan
Anwar juga menjelaskan langkah-langkah diambil kerajaan dalam menangani kos sara hidup, termasuk pelbagai subsidi yang disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat.
Di samping itu beliau juga menyatakan pendirian kerajaan dalam soal Palestin, serta penyertaan beliau di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi di mana beliau bertemu pemimpin-pemimpin dunia.
Iklan
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan dengan panjang lebar usaha kerajaan pimpinan beliau dalam menarik pelaburan daripada luar negara.
Beliau juga mengambil kesempatan menjelaskan keadaan sebenar mengenai kritikan bahawa kerajaan tidak membantu masyarakat India.
Iklan
Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).
Temu bual itu akan disiarkan melalui Bernama TV (Astro 502), RTM, Astro Awani, TV3 dan beberapa stesen lain pada jam 9 malam ini. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.