Rumah, dua kenderaan musnah terbakar

Iklan
Sebuah rumah jenis separuh kekal dana dua kenderaan musnah dalam kebakaran tersebut. Foto JBPM Kuala Nerus

KUALA NERUS - Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Banggol, Tok Jiring, dekat sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 malam.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan bantuan dari BBP Kuala Terengganu dan Jalan Kota dengan kekuatan seramai 17 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kebakaranm

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal terbakar seratus peratus.

Iklan

"Kebakaran turut melibatkan dua buah kenderaan sebuah kereta jenis Mercedes dan sebuah motosikal jenis Yamaha," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 10.30 malam.

Iklan

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

"Setakat ini punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!