Pekerja perlu bergerak seiring perkembangan teknologi pesat dunia
Iklan
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan mempunyai amanah di peringkat tertinggi negara dalam merangka dasar bagi memastikan warga pekerja menikmati kehidupan yang baik dan memudahkan mereka menaik taraf kemahiran dalam pekerjaan.
Rafizi berkata, ia berikutan selain bekerja keras, warga pekerja juga perlu bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi pesat dunia masa kini.
Iklan
Iklan
"Teknologi yang kita guna pakai 10 hingga 15 tahun dahulu berkemungkinan tidak lagi relevan dengan situasi semasa.
"Begitu pantasnya perkembangan dunia sekarang menjadikan warga pekerja perlu sentiasa menaik taraf kemahiran mereka agar tidak tertinggal di belakang.
Iklan
"Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kami yang mempunyai amanah di peringkat tertinggi negara untuk merangka dasar bagi warga pekerja menikmati hidup yang baik selain memudahkan mereka menaik taraf kemahiran,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Rabu.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, masih ada sebilangan rakyat yang tidak boleh berehat dan perlu bekerja meskipun menjelang cuti umum.
Iklan
"Dedikasi warga pekerja yang menjadi nadi ekonomi negara tidak kira siang atau malam, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu wajar dihormati dan dihargai.
"Mungkin ada yang beranggapan mereka hanya ibarat skru kecil di dalam sebuah mesin yang besar. Tetapi, tanpa skru kecil terbabit pergerakan mesin itu akan terjejas dan terbatas.
"Berbanggalah dengan apa saja yang kita kerjakan, walau sekecil mana pun peranan tersebut yang kita sangkakan,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>