Hukuman sebat di khalayak bawah kuasa negeri - Mohd Na'im

Iklan
Mohd Na'im (tengah) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak asnaf yang hadir pada majlis Rahmah Syawal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP): Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf MAIWP di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum hukuman seperti itu dilaksanakan, kajian menyeluruh melibatkan pelbagai agensi perlu dilakukan.

Iklan
Iklan

Katanya, ia perlu mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk definisi khalayak dan falsafah hukuman yang bertujuan mengimbangi antara tujuan mendidik dan menjaga maruah pesalah yang menjalani hukuman.

"Dalam konteks Enakmen jenayah syariah di Terengganu memang diperuntukkan kesalahan-kesalahan syariah ini antara hukumannya yang kita sedia maklum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan iaitu maksimum bagi mahkamah negeri,” katanya.

Iklan

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.

Mohd Na’im berkata, di peringkat Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kaedah sebatan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!