Joe Flizzow kembali bersama Gard

Iklan
Joe percaya pada kekuatan Berlian.

BERPEGANG pada kejayaan seterusnya selepas penghasilan beberapa projek istimewa termasuk dokumentari This is Johan, penyanyi rap popular, Joe Flizzow kembali meraih perhatian dengan sebuah karya hebat berjudul Berlian.

Penghasilan Berlian menyaksikan Joe yang turut mendapat gelaran Presiden Hip-hop Malaysia, kembali bekerjasama dengan bintang muda tempatan iaitu Gard yang dikenali dengan gaya pengait luar biasa dan gaya penyampaian vokal tidak lazim.

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai penghasilan Berlian, pemilik nama penuh Johan Ishak itu mempercayai bakat Gard yang sebelum ini pernah tampil menerusi 16 Baris.

"Berlian dicipta dan ditulis oleh Din Tiger dan rakan kerja hip-hop kegemaran saya, SonaOne. Karya ini juga diterbitkan oleh Din dan SonaOne serta disusun oleh SonaOne sendiri.

Iklan

"Berlian berfungsi sebagai pengingat metafora tentang sifat sekejap kehidupan, mendorong kita untuk merangkul setiap saat sepenuhnya.

"Sama seperti puisi yang dihidupkan, Berlian berusaha untuk merangkumi momen-momen yang terlepas dan mengubahnya menjadi lagu yang abadi,” ujarnya.

Iklan

Dengan lagu itu, figura berusia 44 tahun itu terus memprovokasi pendengar dan memicu perdebatan sengit mengenai apa masa hadapan hip-hop di Malaysia.

Joe percaya pada kekuatan Berlian.

"Proses rakaman juga tidak memakan waktu yang lama. Kami lakukan semuanya dalam sehari. Saya menulis rangkap pertama tidak sampai sejam. Terus ke mikrofon dan cipta dua baris pertama saya dan menyiapkan rangkap pertama bawah 30 minit,” ujar Joe.

Lagu itu turut disertakan sebuah video muzik hebat menampilkan pengacara dan pelakon, Sazzy Falak.

Seperti karya-karyanya terdahulu, Joe berharap lagu Berlian akan diterima baik oleh peminatnya dan pencinta muzik secara umum.

"Perasaannya seperti kami mencipta berlian. Ada orang akan menghargai berlian dan ada yang tidak, namun berlian kekal abadi,” katanya.

Single Berlian boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music dan muzik video juga sudah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Joe Flizzow.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!