Negara Barat cadang henti jual senjata ke Israel
Iklan
ANKARA - Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, Sputnik memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet pada Selasa, memetik sumber.
Pertubuhan Kerjasama Islam, Liga Negara Arab dan beberapa negara Eropah membincangkan langkah-langkah yang boleh dikenakan terhadap Israel dan negara-negara yang menyokong negara Yahudi itu dalam konflik Gaza pada mesyuarat di Riyadh di luar Forum Ekonomi Sedunia, lapor akhbar itu.