Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL

Iklan
Rusdi

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan membabitkan 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom akan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara (AGC), pada minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.

Iklan
Iklan

"Kesemua individu itu masih dalam tahanan pihaknya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu akan tamat pada 14 Mei ini, manakala tiga lagi melibatkan warga asing akan tamat pada 15 Mei ini," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, keputusan tuduh, bebas dan usir antara kemungkinan tindakan bakal diambil kepada semua yang terlibat.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tangkapan ke atas Shalom.

Iklan

Avitan dan sepasang suami isteri bagaimanapun sudah dituduh di mahkamah, manakala lima yang lain dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api 1971 ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!