[VIDEO] Kehadiran Hassan Karim di Mahkamah Sesyen tidak dijangka - Che'gu Bard

Iklan

JOHOR BAHRU - Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin tidak menyangka kehadiran Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, kehadiran bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu memberi sokongan moral kepada dirinya yang berdepan pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

"Kehadiran Pak Hassan beri sokongan moral hari ini kerana beliau seorang peguam.

Iklan
Che'gu Bard meninggalkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas pendakwaan selesai pada Selasa.

"Kehadiran Pak Hassan tidak dirancang tapi mengenali wataknya, beliau adalah seorang pemimpin yang berprinsip dan berpegang teguh kepada keadilan," katanya pada sidang akhbar selepas pendakwaan pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Che'gu Bard turut menggesa tindakan mahkamah diambil terhadap tindakan sebuah portal pro kerajaan yang menyiarkan fitnah terhadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bulan lalu.

"Kerajaan digesa turut mengambil tindakan terhadap portal terbitan yang keluarkan fitnah terhadap Sultan Pahang sehingga baginda dukacita namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Ia (tiada tindakan) kerana ia portal pro kerajaan. Namun yang lain salah sikit, tersiar berita lama atau video lama, terus diambil tindakan (pendakwaan)," katanya.

Pada 3 Mac lalu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar melaporkan titahnya ketika satu sesi taklimat pembangunan di Maran.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, laporan bertarikh 22 Mac lalu itu adalah bersifat fitnah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!