[VIDEO] Cantum logo UMNO, DAP: Itu manifestasi akar umbi UMNO, dakwa Pemuda PN

Iklan

HULU SELANGOR - Tindakan mencantumkan logo UMNO dan DAP disifatkan sebagai manifestasi akar umbi yang menolak kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham menegaskan, keadaan itu merupakan perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu tetap menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.

Iklan
Muhammad Hilman ketika sidang akhbar di BGU PN, pada Selasa.

"Sentimen yang berlaku dalam UMNO, jangan pula salahkan PN sebab kita tidak tahu siapa yang bawa sepanduk itu, boleh jadi ahli UMNO cawangan Bandar Kuala Kubu Baharu atau Air Jenih.

Iklan

"Itu adalah hakikat yang berlaku, tetapi kita tidak memusuhi UMNO kerana kita juga yakin ahli UMNO di DUN Kuala Kubu Baharu bersama dengan PN," katanya ketika sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Batang Kali pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berang dengan tindakan segelintir didakwa penyokong PN yang mempamerkan replika mencantumkan logo parti dengan DAP ketika penamaan calon PRK, Sabtu lalu.

ADUN Merlimau itu menegaskan, berkempen dengan cara menghina pihak lawan bukan pendekatan politik matang sebaliknya mencemarkan imej agama Islam di mata orang lain.

Rentetan itu, Pemuda UMNO Selangor yang diwakili ketuanya, Datuk Imran Tamrin pada Isnin mendesak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap provokasi dilakukan yang dakwanya menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu menurut Muhammad Hilman, UMNO sepatutnya tidak tertekan ekoran perkara itu adalah antara ekspresi rakyat dengan apa yang berlaku dalam parti tersebut.

"Pada hari itu (penamaan calon) banyak sepanduk, plakat dan ribuan rakyat hadir. Ada yang berbaju PN, ada yang berbaju bukan PN, macam-macam orang.

"Jadi setiap orang hadir untuk ekspresikan apa yang mereka rasa.

"Bagi saya jangan rasa tertekan, jangan pula nak menyekat kebebasan rakyat untuk berkreativiti. Sudahlah hari ini kerajaan mahu menyekat kebebasan media dan bersuara," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!