Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar

Iklan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk pertuduhan kes liwat

KOTA BHARU - Seorang pengasas sebuah maahad tahfiz dan rumah anak yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan meliwat pelajarnya di dua premis berkenaan.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Iklan
Iklan

Tertuduh yang juga mudir Muzaidi Mohamad, 30, dituduh melakukan jenayah itu antara April 2021 hingga 15 Mac 2024 di bilik mudir di rumah anak yatim di Bachok dan bilik tidur yang dihuni mangsa di maahad tahfiz di Machang.

Dalam tempoh terbabit, perbuatan itu dilakukan sekitar jam 10 pagi hingga 10 malam.

Iklan

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk pertuduhan kes liwat

Menurut fakta kes, tertuduh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama

Iklan

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohamad.

Sebelum itu Ahmad Faiz Fitri memohon mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh kerana kebarangkalian saksi diganggu oleh tertuduh.

Bagaimanapun, Hakim mengarahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 29 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak dibenarkan mengganggu saksi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!