Che'gubard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi

Iklan
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gubard (depan) tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi Selasa.

JOHOR BAHRU - Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che'gubard tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira jam 8.50 pagi Selasa.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Iklan
Iklan
Che'gu Bard ( kiri) berrsama peguamnya tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada pagi Selasa.
Iklan

Pada Isnin, Badrul Hisham, 45, dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!