Pengguna jalan raya berhak fail saman, tuntut ganti rugi

Iklan
Sebagai pengguna yang membayar cukai, sudah tentu mengharapkan jalan raya dilalui itu bebas daripada segala kerosakan. (Gambar kecil: Teik Hua)

SHAH ALAM - Pengguna yang terlibat dengan insiden kerosakan jalan berhak memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggara atau kerajaan negeri bagi tujuan menuntut kerugian.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua berkata, kedua-dua pihak itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pengguna yang membayar cukai, sudah tentu mereka mengharapkan jalan raya dilalui itu bebas daripada segala kerosakan.

"Sekiranya mereka terlibat dengan insiden jalan raya rosak akibat kecuaian kerajaan atau syarikat penyelenggara yang gagal menyelenggara dengan baik maka pihak berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian dialami pengguna,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Ahli Bersekutu Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, aduan boleh dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkaitan jalan raya terutamanya pemilik jalan, jika mereka mengalami kerosakan kenderaan atau kecederaan tubuh badan.

Tengku Ahmad Marwan

Ujar beliau, tuntutan yang boleh dibuat kepada pihak pemilik jalan adalah seperti ganti rugi am atau khas di mahkamah dengan bantuan khidmat peguam.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!