Semua laluan Malaysia-Thailand di Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara

Iklan
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.

NARATHIWAT - Semua laluan di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di daerah Tak Bai, Sungai Golok dan Weng ditutup sementara berikutan kejadian letupan bom dan tembakan yang mencederakan empat anggota polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata, jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.

Iklan
Iklan

"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut laluan sungai manakala sebahagian lagi bersembunyi di kawasan berhampiran," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Isnin.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 12.05 tengah malam, empat anggota sedang melakukan tugasan berhampiran pekan Sungai Golok cedera selepas kenderaan yang mereka naiki tiba-tiba meletup.

Iklan

Katanya, siasatan awal polis juga menemukan tiga butir bom yang tidak aktif, 50 kelongsong peluru dan paku bertaburan berhampiran tempat kejadian.

Bagaimanapun, Jadsadavit berkata, setakat ini masih belum ada mana-mana kumpulan yang mengakui bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Iklan

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!