Dua individu ditahan, tipu imbasan kod QR

Iklan
Sebuah SUV dan telefon yang dirampas daripada suspek terbabit. Foto Ihsan PDRM

TEMERLOH - Seorang lelaki dan wanita ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan menggunakan imbasan kod QR di daerah ini pada 22 April lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun dan wanita berusia 47 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain kes terbabit, dua laporan juga diterima menggunakan modus operandi sama membabitkan premis berasingan iaitu pada 20 April, pembelian alat ganti kereta bernilai RM846 dan 22 April lalu membabitkan pembelian komputer riba bernilai RM2,200.

"Pada 22 April lalu, pihak polis telah menerima satu laporan polis menyatakan pengadu telah diperdaya pelanggan dalam urusan pembelian telefon bimbit bernilai RM880 dengan menunjukkan bukti bayaran secara imbasan kod QR di premis terbabit.

Iklan

Ujar beliau, penahanan dua suspek itu juga berjaya merampas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), sebuah telefon bimbit yang digunakan oleh suspek dipercayai dibeli hasil menggunakan resit QR palsu.

Jelasnya, semakan terhadap suspek lelaki itu mendapati memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah.

Iklan

"Kedua-dua suspek telah ditahan reman sehingga esok (Selasa) dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan bukti-bukti yang ada.

"Sehingga kini, pihak polis masih mengesan dua lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan," jelasnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mazlan menasihatkan peniaga yang menjalankan urusan jual beli yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara imbasan kod QR supaya lebih peka berhati-hati serta membuat pengesahan penerimaan pembayaran oleh pelanggan di premis masing-masing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!