Rumah tangga berantakan, Nora Danish - Nedim cari jalan penyelesaian

Iklan
Nora mengakui dia dan Nedim kini tinggal berasingan.

AKTRES Nora Danish tidak menafikan desas-desus berkaitan rumah tangganya yang didakwa bermasalah sejak beberapa bulan lalu.

Akui pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif, 42, sebagai manusia biasa, dia dan suami, Nedim Nazri juga tidak lari daripada kesilapan serta melalui dugaan dalam kehidupan.

Iklan
Iklan

"Bercakap mengenai rumah tangga, selepas tujuh tahun berkahwin, kami juga lalui pergolakan, tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

"Kalau boleh tak mahu ada perkara negatif kerana kami ada anak dan sebagainya.

Iklan

"Saya tidak nafikan tinggal berasingan, kebetulan rumah kami juga dalam proses baik pulih. Sebelum ini kami tinggal di hotel, kemudian saya buat keputusan tinggal bersama ibu manakala Nedim duduk di rumah keluarganya," jelas Nora kepada media pada petang Isnin.

Tambah Nora, meskipun tinggal berasingan, mereka masih kerap berjumpa termasuk bercuti bersama-sama pada Aidilfitri baru-baru ini.

Iklan

Bagaimanapun 'perpisahan sementara' itu perlu bagi memperbaiki apa jua kesilapan yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

"Masalah ini bukan berpunca sebab Nedim tidak memahami kerjaya saya. Dari dulu dia sangat memahami dan bukan juga sebab orang ketiga.

Meskipun tinggal berasingan, Nora dan Nedim masih kerap berjumpa termasuk bercuti bersama-sama pada Aidilfitri baru-baru ini.

"Perkahwinan itu kadang-kala memerlukan ruang, lumrah kehidupan. Nak cakap banyak pun susah. Cuma kebetulan masalah kami berlaku seiring bila rumah dalam proses baik pulih. Jadi bila duduk asing, kami boleh berfikir lebih matang.

"Dalam masa sama memperbaiki kekurangan dan juga supaya saling hormat-menghormati, tiada persengketaan serta kami boleh menangani dengan lebih baik," ujarnya yang bersyukur kerana keluarga kedua-dua belah pihak memahami situasi mereka kini.

Dalam pada itu, Nora berkata, dia dan Nedim berserah kepada yang Maha Esa dan saling mendoakan yang terbaik untuk masing-masing.

"Perceraian adalah perkara terakhir yang kami mahukan. Kami juga fikirkan anak-anak dan keputusan yang akan diambil kelak adalah keputusan bersama.

"Sama ada sama-sama ke arah itu atau sebaliknya, ia adalah keputusan bersama dan bukan salah seorang daripada kami," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!