MFL terima maklum balas positif pelaksanaan VAR

Iklan
Stuart Foto Bernama

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menerima lebih banyak maklum balas positif berbanding negatif melibatkan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) daripada kelab-kelab yang akan bersaing pada Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, ia berdasarkan maklum balas yang diperoleh selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun merasakan perlu ada satu tempoh 'matang' bagi memastikan kesempurnaan sistem tersebut untuk diadaptasi.

"Penyediaan teknologi baharu memerlukan masa untuk adaptasi selain dari segi operasi, penerbitan, penyiaran dan juga pengguna iaitu pengadil sendiri.

Iklan

Sebagai rekod, penggunaan VAR pada aksi pramusim itu sebagai platform untuk mengenal pasti masalah dan isu bakal timbul sekali gus membolehkan MFL bersedia dengan penyelesaian apabila sistem itu mula digunakan pada musim 2024/25 yang membuka tirai 10 Mei ini.

INFO

Iklan

Pasukan terlibat dalam perlawanan pramusim menggunakan VAR bermula 23 April hingga 4 Mei adalah Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kelantan Darul Naim, dan PDRM FC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!