MFL laksana FFP bagi saingan Liga-M 2024/25

Iklan
Liga Bolasepak Malaysia mengumumkan perlaksanaan Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

LIGA Bolasepak Malaysia mengumumkan perlaksanaan Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Malah menurut pengendali liga teratas negara itu, Unit Pelesenan Kelab MFL telah melakukan kajian bagi menyesuaikan FFP dengan ekosistem bola sepak negara.

Iklan
Iklan

Selain itu jelas MFL, pandangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga dirujuk bagi memperkemaskan sistem tersebut.

"Hasil kajian tersebut, perlaksanaan FFP yang disesuaikan mengikut keperluan Liga-M itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL pada 6 Mac lalu.

Iklan

"Tahun pertama FFP dalam Liga-M dilihat sebagai pengenalan memantau pembayaran gaji pemain dan pegawai yang menjadi isu utama dihadapi dalam liga serta meningkatkan tanggungjawab kelab memastikan kestabilan kewangan kukuh.

Sebagai rekod, MFL menganjurkan sesi pertama taklimat FFP menerusi dalam talian dengan semua kelab telah berkongsi keperluan FFP untuk musim 2024/25 pada 25 April lalu.

Iklan

Satu bengkel fizikal akan dianjurkan dalam masa terdekat bagi membincangkan peraturan FFP baharu bagi saingan musim 2025/26.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!