AstraZeneca akui vaksin Covid-19 ada kesan sampingan

Iklan
AstraZeneca kini menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes. Agensi

LONDON - Buat pertama kali, firma farmaseutikal AstraZeneca (AZ) mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Iklan
Iklan

Beberapa peguam berhujah bahawa vaksin tersebut menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.

Kes pertama tahun lalu difailkan oleh Jamie Scott, bapa kepada dua anak yang mengalami kecederaan otak kekal selepas dirinya mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalangnya daripada bekerja, selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.

Iklan

Pihak hospital menghubungi isterinya tiga kali secara berasingan untuk memberitahu lelaki itu akan meninggal dunia.

AZ membantah tuntutan itu tetapi dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februar bahawa vaksinnya 'boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS' atau 'Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome' iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Iklan

Sebanyak 51 kes telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, dengan mangsa menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Pengakuan AZ itu dibuat dalam pembelaan undang-undang terhadap tuntutan Mahkamah Tinggi oleh Scott selepas perbalahan undang-undang yang sengit.

Ia boleh menyebabkan pemberian pampasan jika firma terbabit mengakui vaksin itu menyebabkan penyakit serius dan kematian dalam kes tertentu, malah kerajaan juga berjanji untuk membiayai kos tindakan perundangan terhadap AZ.

Dalam surat jawapan yang dihantar pada Mei 2023, AZ memberitahu peguam Scott:"Kami tidak menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik".

Namun, dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, AZ berkata:"Memang diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebab tidak diketahui.

"TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AZ (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam mana-mana kes individu hanya boleh ditentukan melalui pembuktian pakar," katanya.

Saintis mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai 'immune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)' berpunca daripada pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin Covid-19 mula diedarkan.

Isteri Scott, Kate pula memberitahu bahawa dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa VITT disebabkan oleh vaksin.

"Hanya AZ yang mempersoalkan sama ada keadaan Jamie disebabkan oleh suntikan itu. Ia mengambil masa tiga tahun untuk hasil ini (tuntutan mahkamah).

"Ia adalah kemajuan, tetapi kami ingin melihat lebih banyak daripada mereka dan kerajaan. Sudah tiba masanya untuk perkara ini bergerak lebih cepat.

"Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang telah terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami dan kami tidak akan berputus asa," katanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!