Penghantar barang enggan bantu angkat tong gas cedera dipukul

Iklan
Seorang penghantar barang cedera dipukul seorang lelaki yang naik berang selepas mangsa enggan membantu mengangkat tong gas di Taman Putra, di sini, pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohd Azam)

AMPANG - Seorang penghantar barang cedera dipukul seorang lelaki yang naik berang selepas mangsa enggan membantu mengangkat tong gas di Taman Putra, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 36 tahun terserempak dengan lelaki berkenaan yang hampir terjatuh ketika membawa tong gas.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian membantu lelaki itu daripada terjatuh, namun suspek meminta mangsa mengambil tong gas dan meletak di atas motosikalnya.

Mohd Azam berkata, suspek juga memukul mangsa dengan topi keledar di bahagian dahi sehingga mendatangkan kecederaan.

Iklan

"Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian. Kita menahan suspek berusia 31 tahun di Kampung Tasik Permai Ampang pada Ahad.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau. Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!