14 terbunuh bas terbalik di Mexico

Iklan
Bas itu membawa penumpang dari San Luis de la Paz, negeri Guanajuato. Foto AFP

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, sebuah negeri di tengah Mexico, kata sekretariat keselamatan tempatan pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku pada pagi Ahad di lebuh raya Capulin-Chalma, menurut sekretariat keselamatan itu dalam kenyataan.