Zii Jia teruja berdepan Axelsen

Iklan
ZII JIA

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia teruja berdepan Victor Axelsen apabila kedua-dua pemain berentap bagi negara masing-masing dalam aksi Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China pada Selesa.

"Tahun lalu dua kali pertemuan kami berdua tidak menjadi kenyataan. Saya harap tahun ini dapat berdepan dengan dia.

Iklan
Iklan

"Secara tidak langsung dapat menilai standard saya pada masa ini," katanya selepas mengetuai skuad negara menewaskan Algeria dalam aksi kedua kumpulan pada Ahad.

Malaysia akan menentang Denmark pada Selasa untuk melengkapkan perlawanan kumpulan.

Iklan

Skuad badminton negara meneruskan momentum positif kempen Piala Thomas Chengdu 2024 menewaskan Algeria, 5-0.

Zii Jia memulakan perlawanan dengan menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6.

Iklan

Malaysia melebarkan kedudukan 2-0 apabila Cheam June Wei menewaskan Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14.

Mata ketiga negara dijelmakan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menewaskan Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchefoun 21-8, 21-3.

Perseorangan ketiga negara Justin Hoh mengekalkan momentum dengan menjinakkan Abderrahime Belarbi 21-10, 21-14.

Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik melengkapkan kemenangan negara apabila mengatasi atasi Kociela Mammeri-Youcef Sabri Medel 21-13, 21-9.

PIALA THOMAS CHENGDU 2024

Kumpulan B

Jepun lwn Jerman - 5 petang

Taiwan lwn Republik Czech - 5 petang

Kumpulan C

Indonesia lwn Thailand - 9.30 pagi

India lwn England - 9.30 pagi

PIALA UBER CHENGDU 2024

Kumpulan B

Taiwan lwn Australia - 9.30 pagi

Thailand lwn Malaysia - 5 petang

Kumpulan C

Jepun lwn Hong Kong - 9.30 pagi

Indonesia lwn Uganda - 5 petang

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!