Enam laporan lagi terhadap guru didakwa liwat pelajar

Iklan
Muhamad Zaki. Foto Bernama

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang dekat sini sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Iklan
Iklan

"Suspek masih direman sehingga 29 April ini dan banyak lagi perkara yang kita ingin lihat.

"Sebelum ini, tiga laporan dibuat pelajar di Bachok yang merupakan tempat suspek bertugas sebelum ini.

Iklan

"Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang.

"Jadi, mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu.

Iklan

"Kita masih tunggu dan kita akan panggil ibu bapa terlibat,” katanya semasa sidang akhbar di Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, malam tadi.

Menurut beliau, siasatan mendapati pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ujarya, pusat tahfiz itu beroperasi di bangunan terbiar di atas tanah milik kerajaan.

Muhamad Zaki turut memberitahu, pihaknya akan turut meneliti jika wujud kes-kes sedemikian di daerah lain.

"Saya telah mengarahkan ketua polis daerah dan ketua balai polis untuk melihat ke kawasan lain jika wujud kes sedemikian.

"Kita mahu institusi sekolah agama ini betul-betul memberikan satu pengajian dan boleh menjaga kebajikan anak-anak,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!