[VIDEO] JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih

Iklan

KOTA KINABALU - Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, isu kebersihan diberi perhatian kerana ia melibatkan keselamatan murid dan pelajar.

Iklan
Iklan

"Saya ada membaca isu ini di media sosial dan akan panggil Pengarah Pendidikan untuk mendapatkan maklumat sebenar berhubung isu ini serta cari jalan menyelesaikannya.

Mohd Arifin (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) di Kota Kinabalu. Gambar kanan: Tangkap layar membabitkan hantaran yang tular di media sosial melibatkan sebuah kantin sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini didakwa menyediakan makanan tidak bersih dan basi.

"Isu ini sangat dekat di hati rakyat khususnya ibu bapa kerana ia berkaitan dengan anak-anak," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) di sini pada Ahad.

Iklan

Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.

Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.

Iklan

Sebelum ini, tular hantaran di laman sosial berhubung dakwaan sebuah kantin sekolah menyediakan makanan tidak bersih dan basi kepada pelajar sebuah sekolah di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!