Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan

Iklan
Aksi pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei ketika menentang pemain Taiwan, Tai Tzu Ying dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu pada Ahad. Foto Bernama

MALAYSIA memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini pada Ahad.

Pemain profesional perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei telah melakukan yang terdaya, sebelum tewas kepada Tai Tzu Yin dalam dua set, pada kejohanan yang berlangung di Pusat Sukan High-Tech Zone Chengdu, di sini.

Iklan
Iklan

Bekas juara dunia remaja dua kali itu, berjaya mendahului seketika pada kedua-dua set, namun Tzu Ying akhirnya menang tipis 21-19, 22-20, untuk memberikan Taiwan mata pertama mereka.

Jin Wei mengakui kekuatan mental beliau tidak cukup kuat untuk kekal mendahului pada kedua-dua perlawanan, ketika berhadapan pemain nombor lima dunia itu yang tidak pernah beliau kalahkan selepas pertemuan empat kali.

Iklan

"Saya rasa kelebihan pemain 10 terbaik dunia ialah mereka mempunyai kekutan mental ketika mata penting dan mampu untuk mengubah strategi. Saya percaya saya perlu kuatkan lagi mental saya dan perlu lebih berani lagi,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Pada perlawanan kedua, pasangan bidang terjun yang diketuai kapten pasukan Teoh Mei Xing dan pasangannya Go Pei Kee, memberikan sedikit harapan apabila mereka memberikan mata tunggal Malaysia dengan mengejutkan pasangan ke-24 dunia Hsu Ya Ching-Lin Wan Ching.

Iklan

Mei Xing-Pei Kee yang tidak pernah bermain bersama sejak lebih dari setahun itu, mempamerkan permainan yang bertenaga untuk menewaskan Ya Ching-Wan Ching, 21-19, 21-17.

Mei Xing yang gembira kerana dapat memberikan mata untuk Malaysia, mengakui mereka tidak merasakan sebarang tekanan selepas kekalahan Jin Wei, dan terus mengikuti rancangan yang akhirnya menjadi dan membolehkan mereka menyamakan kedudukan 1-1.

Bagaimanapun Taiwan berjaya mendahului semula selepas pemain ke-27 dunia Wen Chi Hsu yang tewas set pertama kepada K. Letshanaa, berjaya menguasai dua lagi set pada perlawanan yang berlangsung sehingga 57 minit.

Letshanaa yang berkedudukan ke-68 dunia itu, bermula cemerlang dengan menang set pertama 21-13, sebelum tewas dua set seterusnya kepada pemain berusia 26 tahun itu, 17-21, 16-21. - Bernama

Pemain kelahiran Selangor itu berkata, beliau hilang fokus ketika mata penting, yang telah menyebabkan beliau kehilangan peluang mengejutkan Chi Hsu pada pertemuan pertama mereka.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pasangan beregu kedua negara, Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi untuk menyamakan kedudukan.

Namun Lo Ee-Zhing Yi gagal melakukannya dan mereka tewas kepada pasangan Hu Ling Fang-Teng Chun Hsun, 17-21, 11-21 dalam masa 32 minit.

Zhing Yi berkata, beliau kecewa kerana gagal memberikan mata bagi menyamakan kedudukan, sementara Lo Ee menyatakan yang mereka tidak dapat bermain mengikut rentak sebenar mereka, yang menyebabkan prestasi kurang memberangsangkan mereka hari ini.

Pemain perseorangan ketiga Taiwan, Sung Shuo Yun melengkapkan perlawanan dengan memberikan mata keempat kepada pasukannya selepas menewaskan Wong Ling Ching, 21-17, 22-20.

Berikutan kekalahan hari ini, peluang Malaysia untuk ke suku akhir menjadi sukar, kerana esok mereka akan berhadapan naib juara 2018 Thailand, yang mengalahkan Australia 5-0, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B.

Hanya dua pasukan teratas, layak ke suku akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!