Kemarau luar biasa: Penduduk Kelantan laksana solat sunat istisqa selepas 50 tahun

Iklan
Jemaah Masjid Mukim Padang Kala dan warga SK Padang Kala menunaikan solat di atas padang sekolah berkenaan.

KOTA BHARU - Kemarau yang serius tahun ini menggalakkan lebih ramai penduduk dan ahli jawatankuasa masjid melaksanakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan.

Setiausaha Masjid Mukim Padang Kala, Peringat, Kamarulzaman Samat berkata, kira-kira 300 jemaah berkumpul di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala bagi menunaikan solat yang diimamkan oleh guru agama sekolah itu, Mohd Amin Abdullah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, program solat berkenaan merupakan kerjasama antara pihak pengurusan masjid dan sekolah.

"Sudah lama kita tidak melaksanakan solat sunat istisqa dan saya sendiri kali kedua melakukannya selepas 54 tahun lalu," katanya.

Iklan
Kamarulzaman

Jelasnya lagi, solat itu juga memberi peluang kepada murid Darjah Empat, Lima dan Enam di sekolah itu mendapat pengalaman mendengar khutbah dan solat di kawasan padang.

Beliau memberitahu, cuaca panas turut menjejaskan aktiviti kanak-kanak di sekolah itu yang hanya bersebelahan dengan Masjid Mukim Padang Kala.

Iklan

"Mereka tidak lagi dilihat bermain bola seperti kebiasaan malah padang juga sunyi kerana tiada aktiviti luar," katanya.

Tambahnya lagi, banyak tanaman di sekitar sekolah dan masjid mati malah rumput di padang juga sudah kering.

"Jadi kita berharap solat sunat memohon hujan yang dilaksanakan hari ini diterima ALLAH SWT bagi meringankan beban terutama petani yang sangat memerlukan air untuk tanaman mereka," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!