40 kontena bijirin dari Australia dirampas

Iklan
Serat bijirin yang dirampas. Gambar kecil: Zarina

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk 40 kontena yang mengandungi 'Western Australia Milling Oats' di Pelabuhan Pangkalan Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Pengarah Maqis Pulau Pinang Zarina Ramli berkata, kontena yang diikrar sebanyak 1,025.68 metrik tan serat bijirin itu bernilai RM1.25 juta dibawa masuk tanpa sijil fitosanitasi yang dikeluarkan negara asal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada mulanya pihaknya hanya mengesan dua kontena yang membawa bahan berkenaan pada 28 Disember tahun lalu dan 38 kontena lagi berjaya dikesan pada 6 Januari lalu.

"Aktiviti membawa masuk keluaran pertanian yang tidak mematuhi syarat import menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Iklan

"Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2), akta yang sama dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, sijil fitosanitasi adalah sijil kesihatan tumbuhan yang dikeluarkan oleh negara pengeksport sebagai perakuan atau pengesahan bahawa rawatan atau keperluan-keperluan yang dinyatakan di dalam permit import telah dipatuhi.

Iklan

Katanya, tujuan utama pengeluaran sijil fitosanitasi ini adalah untuk menghalang kadar kemerebakan perosak dan penyakit tumbuhan melalui perdagangan atau pergerakan keluaran pertanian.

"Ini kerana pemindahan pelbagai jangkitan penyakit dan serangga perosak boleh berlaku melalui perdagangan antarabangsa ini," katanya.