Kemas terima pengiktirafan Reader’s Digest buat kali kelima
Iklan
Kemas meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima oleh Reader’s Digest pada 2024.
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader’s Digest pada 2024.
Kemas dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan program Tabika Pra Tahfiz turut menyumbang kepada kepercayaan ibu bapa dan masyarakat terutamanya dalam undian yang dilaksanakan mengenai pandangan pengundi terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program itu merupakan inisiatif Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah supaya pendidikan al-Quran dijadikan teras utama dalam kemenjadian kanak-kanak beragama Islam.
"Selain itu, ia juga sebagai kemahiran sedia ada yang diperlukan sebagai persediaan masuk ke tahun satu.
Iklan
"Program ini adalah nilai tambah bagi modul program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) yang dilaksanakan sejak 2017 degan memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian al-Quran.
"Ia untuk menanam minat anak-anak menghafaz dan mencintai al-Quran di usia muda melalui kaedah menguasai hafazan surah lazim dalam Juz Amma dan surah pilihan dengan qiraat, adab dan tadabbur,” katanya pada Sabtu.
Iklan
Kemas raih Anugerah Jenama Paling Dipercayai pilihan pengguna di Malaysia oleh Reader’s Digest pada 2024.
Kemas dan Yayasan Pahang telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi melaksanakan program berkenaan pada 7 November tahun lalu dalam majlis yang penuh bersejarah disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam pada itu, Kemas berkata, melalui program yang dilaksanakan secara rintis di 100 Tabika terpilih, seramai 140,000 kanak-kanak disasarkan menjadi hufaz cilik menjelang 2026.
"Manakala bagi 2024, Kemas menyasarkann 4,145 lagi kelas Tabika Pra Tahfiz Kemas melaksanakan program ini melibatkan 62,175 kanak-kanak dengan sasaran 60 peratusnya dapat menguasai 20 surah termasuk surah Juz Amma dan surah pilihan,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>